Sesiapa yang disahkan positif COVID-19 digesa untuk tidak berlengah dan segera melapor diri kepada pusat penilaian COVID-19 terdekat.
Pengarah Kesihatan Negeri Selangor, Datuk Dr. Sha’ari Ngadiman berkata, tidak perlu menunggu panggilan daripada pejabat kesihatan daerah memandangkan keadaan ketika ini yang kritikal.